Tutorial Gimp Ebook

on 30 November 2011


Tutorial Gimp Ebook? Kali ini saya kongsikan dengan anda sebuah ebook hasil jelajah dan blogwalking di merata web/blog sehingga saya menemui ebook tutorial Gimp.

Ebook Tutorial Gimp bahasa english ini mudah untuk anda fahami kerana ianya disertakan dengan screenshoot dan ianya percuma bagi anda memuat turun ebook ini. 

Senarai tutorial yang terdapat dalam ebook ini adalah seperti berikut :-

-Product design for geeks
-Leopard-style icons
-Summer of love
-Going to warp speed
-Decay in the city
-iPod fun
-Text effect
-Speedy colour fixes
-Know your selections
-Shattered face
-Sin city style
-Travel to the stars
-Create a fire goddess
-Enchance the Interface
-Use Othe tools
-3d effects in gimp
-Printing and colour
-Creative text with gimp


DOWNLOAD HERE



Tag :

Cara Menambah Font Pada Gimp

on 26 November 2011


Cara Menambah Font Pada Gimp? Biasanya setelah selesai anda install, Gimp akan menggunakan default font yang ada dalam sistem gimp sahaja. Kadang-kadang kita memerlukan penggunaan font yang lain untuk sesuatu kerja yang tidak tersedia dalam Gimp ini. Oleh yang demikian, kali ini saya akan menerangkan kepada anda bagaimana cara untuk menambah font di dalam gimp anda.

Sila pastikan anda mempunyai font yang hendak ditambah untuk dimasukkan kedalam gimp. Anda juga boleh mendapatkan dan memuat turun pelbagai jenis font di laman web dafont.com atau pun menggunakan font yang tersedia dalam sistem windows anda.


Berikut tutorial cara menambah atau memasukkan font dalam Gimp anda

  • Sekiranya font tersebut didalam format zip,rar atau pun lain dari itu, pastikan anda unzip atau unrar dengan tool yang anda miliki terlebih dahulu.
  • Buka perisian Gimp.
  • Klik Edit->preferences
  • Expand Folders dan klik fonts.
  • Tentukan folder yang hendak ditambah dalam gimp. Sebagai alternatif lain, anda juga boleh menambah folder untuk font di dalam setting ini selain font folder dalam sistem gimp anda.
  • Klik OK dan Restart Gimp.




    Sekarang anda telah mempunyai  extra fonts di dalam perisian Gimp anda.



    Tag : ,

    Gimp 2.7.3 Single Window Mode Pada Windows

    Gimp 2.7.3 Single Window Mode Pada Windows ? Seperti yang kita ketahui bahawa perisian Gimp ini mempunyai tiga window yang mungkin merencatkan sedikit kerja kita kerana terkadang di halang oleh dua window yang lain.

    Maka dengan pembaharuan yang dibuat pada Gimp versi 2.7.3 ini anda boleh menjadikan windows Gimp (yang sedia kala ada 3 windows) menjadi satu atau single-window. Dengan ini ianya akan menampakkan lagi keselesaan buat anda jika dibandingkan versi sebelum ini. Bukan itu sahaja banyak lagi penambahbaikan dilakukan dalam versi ini.



    versi 2.6.11

    versi 2.7.3

    versi 2.7.3



    Perlu diketahui bahawa Single-window tidak berfungsi di dalam fungsi default. Bagi menggunakan fungsi ini anda hanya perlu klik  pada menu > Windows > Single Window mode seperti gambar di atas.

    Kelebihan yang terdapat pada Gimp 2.7.3 adalah : 
    • Sokongan untuk ‘Layer Groups’
    • Pengurusan Sesi
    • Pembaharuan pada penyuntingan teks atas kanvas
    • Penambahan butang ‘Lock Content’ pada Layers, Channels and Path dialogs.
    • Panduan pemotongan ‘Rule of fifths’

    DOWNLOAD 

    Gimp 2.7.3 Windows 32/86 bit

    Gimp 2.7.3 Windows 64 bit



    Tag :

    Apa Itu Gimp

    on 25 November 2011


    Apa Itu Gimp ? GIMP (The GNU Image Manipulation Program) ialah sebuah perisian penyunting grafik raster yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto.

    Perisian Gimp ini lebih ringan kalau dibandingkan dengan adobe photoshop (PS) yang memerlukan ram yang tinggi dan graphic card bagi menyokong fungsi 3D. Walaupun Gimp ini tidak mampu untuk menyaingi kemampuan yang dimiliki  PS dengan plugin yang banyak disediakan dan fungsi-fungsi yang tidak dimiliki oleh Gimp. Namun ianya bolehlah sebagai pengganti bagi anda yang mahukan perisian yang seumpama PS.

    Kegunaan biasa merangkumi untuk mewujudkan grafik dan logo, gambar resizing dan mengeluarkan hasil, mengubah warna, megabungkan lukisan-lukisan pelbagai, melepaskan imej tidak dikehendaki ciri-ciri, dan penukaran antara imej lain format. Gimp boleh juga diguna pakai membentuk asas format lukisan-lukisan hidup dalam Format GIF.

    Ia sering digunakan sebagai perisian bebas photoshop penggantian untuk adob, paling banyak industri editor bitmap telah digunakan dalam tulisan huruf demi huruf dan grafik; walau bagaimanapun, ia bukanlah dibentuk untuk menjadi klon Photoshop. Maskot projek ini diberi nama wilber.

    Projek ini telah dimulakan pada tahun 1995 oleh Spencer Kimball dan Peter Mattis dan diselenggara oleh keseluruhannya sukarelawan di bawah auspices projek GNU. GIMP merupakan Open Source (Perisian Bebas), percuma dan disediakan dengan Lesen Awam Am GNU.


    Developer(s) The GIMP Development Team
    Initial release January 1996
    Stable release 2.6.11  (October 4, 2010; 13 months ago) [+/−]
    Preview release 2.7.3  (August 22, 2011; 2 months ago)
    [+/−]
    Development status Active
    Written in C and GTK+
    Operating system GNU/Linux, Mac OS X, Microsoft Windows, FreeBSD, Solaris, AmigaOS 4
    Available in 52 languages in GIMP 2.6 (37 fully translated, others partly translated)
    Type Raster graphics editor
    License GNU General Public License
    Website www.gimp.org


    Tag :

    About

    on 01 November 2011


    "Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum"
    &
    "Selamat Datang"



    Anda semua boleh panggil saya dengan panggilan sahaja.

    Saya bermula dalam dunia blogging atas dasar mencuba menjadi blogger dan seterusnya sebagai cara untuk berdakwah/mengajak manusia supaya memahami ilmu. Ilmu yang boleh menyampaikan kita kepada mengenal ALLAH.

    Ayat pertama yang mula-mula diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ialah perkatan "iqra'" membawa maksud bacalah. Sabda Baginda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud " sampaikan olehmu daripadaku walaupun sepotong ayat" .  Atas dasar inilah saya ingin berkongsi kepada semua manusia di muka bumi ini agar memahami ilmu.

    Ilmu sangatlah penting bagi setiap manusia. Mereka yang jahil atau tidak berpengetahuan menjadi musuh dengan apa yang ia tidak ketahui. Saidina Ali  pernah berkata dalam syairnya yang bermaksud "Orang yang jahil itu menjadi musuh dengan apa yang ia tidak ketahui'.

    Saya mula berblogging pada awal bulan Jun 2011 dan masih setia lagi berblog berplatformkan Blogspot. Masih belum membeli domain sendiri lagi. Tak tahu bila nak pakai domain sendiri. hehehe :) 


    Hak Cipta Blog manmala
    Anda boleh kongsikan entri dari blog ini dengan syarat bagilah kredit kat blog ini, itu sahaja permintaan dan semoga ilmu kita dapat kongsikan bersama.

    Anda Boleh Juga Berhubung Dengan Saya Melalui :-
    Google Plus 1 : Man Mala
    Facebook : Man Mala
    Twitter : manmala

    Penghargaan
    Kepada semua yang memberi tunjuk ajar kepada manmala terutama Shahblogger, DenaiHati dan sesiapa sahaja. Moga-moga disisi ALLAH berlimpah kasih sayangNya kepada kita semua. Amiiiin...


    Tag :
     
    © Mahir PC | All Rights Reserved
    D.I.Y Themes ByBelajar SEO