Cara Menambah Font Pada Gimp

on 26 November 2011


Cara Menambah Font Pada Gimp? Biasanya setelah selesai anda install, Gimp akan menggunakan default font yang ada dalam sistem gimp sahaja. Kadang-kadang kita memerlukan penggunaan font yang lain untuk sesuatu kerja yang tidak tersedia dalam Gimp ini. Oleh yang demikian, kali ini saya akan menerangkan kepada anda bagaimana cara untuk menambah font di dalam gimp anda.

Sila pastikan anda mempunyai font yang hendak ditambah untuk dimasukkan kedalam gimp. Anda juga boleh mendapatkan dan memuat turun pelbagai jenis font di laman web dafont.com atau pun menggunakan font yang tersedia dalam sistem windows anda.


Berikut tutorial cara menambah atau memasukkan font dalam Gimp anda

  • Sekiranya font tersebut didalam format zip,rar atau pun lain dari itu, pastikan anda unzip atau unrar dengan tool yang anda miliki terlebih dahulu.
  • Buka perisian Gimp.
  • Klik Edit->preferences
  • Expand Folders dan klik fonts.
  • Tentukan folder yang hendak ditambah dalam gimp. Sebagai alternatif lain, anda juga boleh menambah folder untuk font di dalam setting ini selain font folder dalam sistem gimp anda.
  • Klik OK dan Restart Gimp.




    Sekarang anda telah mempunyai  extra fonts di dalam perisian Gimp anda.



    { 0 comments... read them below or add one }

    Post a Comment

     
    © Mahir PC | All Rights Reserved
    D.I.Y Themes ByBelajar SEO